Nadi X Lifelong Learning – Nurture - Dilea – Open Live Class
21 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniSepanjang bulan Jun 2025 – NADI X Lifelong Learning - Nurture - Dilea telah menyediakan beberapa slot webinar program Open Live Class untuk para pelajar Tingkatan 4 & 5 yang berdaftar dengan NADI Malaysia terutamanya NADI Sebandi Ulu. Kelas ini berlangsung setiap hari dari jam 3:30 hingga 4:30 petang, kecuali pada hari Rabu dan cuti umum. Terdapat empat subjek ditawarkan dan sesi pembelajaran akan dijalankan mengikut jadual harian yang telah ditetapkan.
Jadual penuh kelas serta maklumat lanjut mengenai tarikh, masa dan Standard Operation Procedure (SOP) bagi OPEN LIVE CLASS turut disertakan sebagai panduan para peserta. Untuk makluman, sesi LIVE CLASS sebelum ini adalah khas kepada peserta yang berdaftar sahaja. Namun, sesi OPEN LIVE CLASS yang diperkenalkan bermula Jun 2025 ini adalah terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 4 dan 5, termasuk yang tidak berdaftar secara rasmi. Tiada had penyertaan dikenakan dan semua pelajar digalakkan untuk turut serta secara aktif dalam kelas ini. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan akses pembelajaran yang lebih luas, terbuka dan inklusif kepada semua pelajar. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama belia dan amat mengalu-alukan penyertaan terbaru daripada komuniti setempat.
Intipati program adalah seperti berikut:
• Pengenalan
• Penerangan oleh penceramah
• Soalan & Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: